Sunday 25 August 2013

Rindukah Kamu Kepada Rasulullah??


Rindukah kamu pada Rasulullah?
Sayangkah kamu pada Rasulullah?
Cintakah kamu pada Rasulullah?

Tahukah kamu, bahawa Rasulullah sangat mencintai kita?

Di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa, baginda tidak gembira dan tenang pergi bertemu Illahi sehingga mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t. memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat Baginda s.a.w. dahulu memasukinya. Subhanallah… Begitu dalamnya cinta Baginda kepada kita.




Tahukah kamu, Rasulullah sangat menyayangi kita?

Di saat Malaikat Jibril datang kepada Baginda dan menerangkan sifat-sifat neraka jahanam, dan menerangkan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahanam itu adalah untuk umat Nabi Muhammad yang berbuat dosa-dosa besar dan tidak sempat bertaubat, Baginda jatuh pengsan.

Baginda begitu sedih dan berdukacita. Baginda menangis sehingga Baginda tidak keluar rumah kecuali hanya untuk solat dan tidak berbicara dengan orang. Ya Allah….begitu besar kasih sayang Rasulullah kepada kita.

Tahukah kamu Rasulullah sangat merindui kita.?

Di saat malaikat maut ingin mencabut nyawa, nama kita disebut-sebut baginda.

“ummati…ummati…ummati…”

Tahukah kamu, Rasulullah sangat rindu bertemu dengan kita?

ketika Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada sahabat.

“siapakah yang paling ajaib imannya?”

 Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”

Baginda menjelaskan,  ”bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,  ”Para nabi..”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas Rasulullah..

” Mungkin kami…” celah seorang sahabat…

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah menyangkal..

“kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang sahabat..

“kalau kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Sedarkah kamu. Tahukah kamu, siapakah ‘ikhwan’ Baginda? Siapakah yang Baginda rindu ingin bertemu?

Mereka adalah kita. Umat Rasulullah. Mereka yang belum pernah melihat baginda Rasulullah tetapi beriman dengan Baginda sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintai Rasulullah melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.


Betapa Rasulullah ingin bertemu dengan kita. Betapa Rasulullah rindu akan kita.
Tanyalah pada diri...di mana kita letak Rasulullah dalam hidup kita..
Tangga ke berapakah Rasulullah dalam hati kita..


                     
                      Khutbah terakhir Rasulullah SAW kepada umatnya...





Sunday 7 April 2013

Rindu Rasulullah Terhadap Kita (Ikhwan)




Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan. Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.

……………………………………………………………………………………………………………………………



Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.

Wajahnya yang tenang berubah warna.

“Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.

Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’

 baginda: ”Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”

“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka.”

“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.

“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.

Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.


~~~~Begitulah Rindunya baginda terhadap umatnya~~~~
Adakah kita juga merindukan baginda seperti baginda rindukan kita??
renung-renungkanlah...

Monday 18 February 2013

Aku Remaja Biasa







Setiap manusia pasti melakukan dosa apatah lagi remaja yang baru mengenal kehidupan. Aku juga remaja dan aku juga tidak terlepas dari melakukan dosa, pasti banyak dosa-dosa yang aku tidak sedari. Aku juga masih mentah untuk menghadapi dunia sebenar yang penuh dengan fatamorgana dan godaan syaitan yang meragut jiwa.

Setiap doa di dalam solat, seringkali aku berdoa agar diriku ini dijauhkan dari kemungkaran yang merosak akhlak dan jiwa. Aku sedar yang aku bukanlah remaja yang hebat, pandai, dan mendapat A dalam semua subjek. Aku hanyalah remaja biasa yang hanya belajar di sekolah biasa dan bergaul dengan rakan-rakan biasa.

Tetapi, aku berharap yang aku diberi laluan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dengan bersekolah di sekolah agama dan berkawan dengan rakan-rakan yang luar biasa. Bukan aku tidak bersyukur dengan kehidupan yang Allah SWT berikan. Fitrah seorang manusia menginginkan kehidupan yang lebih baik.

Rakan-rakanku bukanlah berpendidikan tinggi atau mempunyai keluarga yang sempurna. Aku juga sama. Aku menulis artikel ini bukan untuk menunjuk atau meluahkan perasaan. Tetapi, Aku ingin menumpukan bahawa singnifikannya harapan dalam diri manusia dan diri aku. Di dalam hati, acapkali aku bertanya "Adakah diriku ini disayangi Allah?". Setiap kali hatiku menanyakan soalan itu, air mataku deras menitis. Aku mengaku yang diriku ini selalu kalah dengan godaan syaitan yang durjana.


Di dalam solatku tidak putus-putus aku berdoa agar aku diberi petunjuk di jalan yang benar. Kadangkala, apabila aku ingin menjadi lebih baik, pasti akan dihujani dengan dugaan yang menjerihkan jiwa.

"Ya Allah, Aku amat menyayangimu. Aku memohon kepada mu Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepadaku."



Allah berfirman:

"(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(Surah ali-Imran ayat 8)

FirmanNya lagi:

"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): 'Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya'. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali'"
(Surah al-Baqarah ayat 285)

Allah berfirman lagi;

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir'"
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Sungguh ayat-ayatNya memberikan aku semangat. Kini, aku yakini walau pun tidak berpeluang untuk belajar di sekolah yang ku inginkan, namun aku percaya ilmu Allah itu Maha Luas. Di bumi Allah itu semuanya penuh dengan didikan hatta ujian itu juga adalah didikan jiwa yang boleh mendekatkan diri pada Allah.

Aku percaya, bukan kerana dari mana kita bergraduasi.. Bukan bidang agama yang menentukan kita orang yang beragama tetapi sejauh mana kita mengamalkan apa jua yang kita pelajari. Samaada ilmu dunia atau ukhrawi, selagi mana ianya dihadam untuk tujuan akhirat, maka ianya akan memberi kebaikan kepada orang tersebut.

Moga kita semua mendapat iktibar. Insyaallah.

"Maka bersabarlah engkau (Muhammad) ata apa yang mereka katakan. Dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbena, dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang"
(Surah Taha ayat 130)

- Artikel iluvislam.com

Sunday 27 January 2013

Jenis - Jenis Syaitan




Assalamualaikum wbt....


Tsabr
Peranannya:
Tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan..
Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah..
Maka datanglah Tsabr dan konco-konconya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan..
Seperti berzina, bunuh diri, menghisap dadah, minum arak, berjudi..
Supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali pada Allah..

A'war
Peranannya:
Tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina..
Dan terus melakukannya dengan apa cara sekalipun..
A'war dan tenteranya akan menggambarkan keenakan dan keseronokkan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobarkan nafsu..

Miswath
Peranannya:
Tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan..
Yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar..
Agar manusia itu akan kucar-kacir..
Hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh..
Sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat..

Dasim
Peranannya:
Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan..
Selalunya dalam kes rumahtangga..
Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan..

Zaknabur
Peranannya:
Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat..
Menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan..
Kecurangan dan penipuan dalam muamalah (perhubungan)..
Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan..
Kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi..
Serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba (bunga atau faedah dalam perniagaan)..

Khanzab
Peranannya:
Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat..
Mengganggu umat Islam dalam melakukan solat..
Serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah..
Dan mengelakkan agar solat menjadi sempurna..

Walhan
Peranannya:
Menganggu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwuduk (bersuci sebelum melakukan solat)..
Ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya..
Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah..
Walhan juga menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu benda..


Rumusan:
Kuatkan hati untuk mengerjakan perintah Allah agar kita menang untuk tidak cair mendengar bisikan dan hasutan syaitan-syaitan ini..
Barakallahufik..


.
Sumber: Dr.Ahmad H.Sakr (2012). Biografi Syaitan, Inteam Publishing

Thursday 24 January 2013

Fenomena lunar @ Moon Halo....22 Januari 2013

Assalamualaikum w.b.t....

Sesuatu yang menakjubkan bila dapat lihat ciptaan yang Maha Besar ALLAH SWT...
Rasa bersyukur sangat-sangat sebab berpeluang lihat sendiri fenomena yang jarang berlaku...
Subhanallah..Allahuakbar...Alhamdulillah...Lailahaillallah...
Segala puji hanya untuk Dia...

Di sini disertakan gambar yang di ambil sendiri pada malam 22 Januari 2013 pada jam 10.30 pm..




SERBA SEDIKIT TENTANG FENOMENA LUNAR @ MOON HALO

Halo Moon ni biasanya orang panggil Fenomena Lingkaran 22 Degree Lunar Halo. Halo Moon terjadi kerana terdapatnya hablur ais disekitarnya. Cahaya bulan memantulkan cahayanya pada hablur ais yang ada dan terhasillah gegelung disekitarnya. Sebenarnya sama juga seperti mana kejadian pelangi di mana selepas hujan, cahaya matahari memantulkan cahayanya ke dalam air dan terhasillah pelangi.


Ps:..harap maaf jika gambar tersebut tidak memuaskan...
       kemera Penasonic LUMIX DMC-FS6

Friday 7 December 2012

RASULULLAH MeNeGuR SaHaBaTnYa kEtAwA



Pada zaman ini banyak kita lihat orang saling ketawa sesama mereka. Ketawa tu tak salah tapi apa yang kesalkan, ketawa secara berlebihan itu boleh menyebabkan hati kita akan menjadi gelap. Seperti mana dalam satu kisah Rasulullah SAW dalam menegur sahabat yang sedang ketawa. 
Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.”

Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”

Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku.“ 

Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”

Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.

Selepas itu, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)

Keterangan:

Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan memberi manfaat. Dan menjauhi ketawa secara berlebihan merupakan salah satu cara untuk kita tidak leka mengingat kepada maut.

Sumber: Melayukini.net

Wednesday 21 November 2012

PeRpIsAhAn kErAnA DIA




"Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa pulak?"
"Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih. 
Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.
Allah 'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)

"biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia."
Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.
Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
" Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu Ta'ala A'lam

<3 I Love Islam <3