SAYA TAK
MENGUMPAT,HANYA CERITA PERKARA YANG BENAR
Assalamualaikum....
Manusia memang
suka mengumpat. Tak kira lelaki atau perempuan. Yang lelaki, bila mengumpat tak
nak mengaku mengumpat, tapi mereka panggil mengutuk. Yang perempuan pulak, bila
mengumpat juga tidak mengaku mengumpat tapi mereka panggil perbuatan mereka itu
'menceritakan hal yang benar'.
Padahalnya... tak
kira la apa jua nick name yang kamu nak bagi kepada perbuatan itu, nama
sebenarnya tetaplah mengumpat. Faham? Di ulang! Mengumpat! Apa mereka ingat
kalau mengumpat berdosa, jadi mengutuk itu tidak berdosa? Dapat pahala? Haaa...
Fikir la.
Mengumpat itu...
adalah apabila kamu berkata sesuatu keburukan yg benar tentang seseorang di
belakang mereka dan jika perkara tersebut di dengari oleh orang yang kita
mengata itu, mereka akan bersedih hati atau sakit hati atau kecewa. Memang
betul pun, kamu cerita 'tentang perkara benar', tetapi itulah yang sebenarnya
mengumpat.
Dan jika kamu
berkata sesuatu keburukan yang tidak benar tentang seseorang pula, maka... itu
adalah fitnah. Dosa kedua-dua nya ini amatlah berat. Bahkan lebih teruk
daripada dosa berzina. huhu... Ye lah.. jika berzina, dosa itu adalah di antara
manusia dengan Allah. Tetapi jika mengumpat, dosanya hanya akan diampunkan jika
telah minta maaf daripada orang yang diumpat itu. Sedangkan mengumpat itujuga
lebih mudah untuk kita lakukan berbanding zina.
Tapi, kalo
mengumpat pemimpin yang zalim macamana? Huhu... Atau mengumpat artis yang tak
senonoh? Jadi, kesimpulannya... Marilah jaga lidah ye. *Saya tak kata saya
langsung tak mengumpat. Tapi cuba la, kurang-kurangkan. Dan lupuskan terus lagi
bagus. :)