Tuesday 28 August 2012

ApA I2 C.I.N.T.A....

Assalamualaikum...

Bila kita membuka mata dan memandang sekeliling kita, terdapat banyak sekali ragam manusia. Masing2 dengan hal sendiri tanpa mempedulikan orang lain yang berada di sekeliling. Teks pada kali ini, ingin saya highlightkan perkataan couple dalam kalangan remaja.

Bercerita mengenai isu ini, ya, saya juga pernah terjerat di dalam perangkapnya. Usia seawal 15 tahun, saya melihat dan sering mendengar kisah dan cerita dari rakan-rakan sekelas tentang HEBATnya cinta mereka. Setiap kali ada peluang untuk berjumpa, mereka tidak akan melepaskan peluang itu. Jika tidak dapat bertemu, sms akan berkhidmat sebagai melepaskan rindu antara dua jiwa yang sudah di lamun cinta.

Lalu, saya bertanyakan kepada rakan saya, Bagaimanakah perasaan orang yang bercinta..? Jawapan yang rakan saya berikan adalah, ” ko kenalah rasa sendiri, barulah tahu betapa manisnya..”

Saya tidaklah mengatakan saya cantik.. Saya tidak mengatakan saya ayu.. Saya tidak mengatakan sama sekali saya seorang gadis yang hebat.. Sejak saya melangkah ke alam persekolahan menengah, memang saya menerima beberapa surat dari pelajar-pelajar lelaki yang ingin menjadikan saya kekasih mereka. Tetapi, pada saat itu, saya masih belum mengerti, apa itu cinta, mungkin masih terbawa-bawa naluri kanak-kanak dari sekolah rendah.

Pernah beberapa kali senior perempuan sekolah mengugut saya hanya kerana teman lelaki mereka memberikan love letter kepada saya. saya sendiri hairan dan pelik, sehebat mana kehebatan cinta yang mereka rasakan sehingga sanggup memalukan diri sendiri.

Hinggalah saya melangkah ke alam separah remaja dan naluri ingin tahu itu timbul. Akhirnya, saya bersetuju untuk menerima seorang lelaki dalam hidup saya selepas setahun dia memerhatikan saya sewaktu di sekolah. Pada masa tersebut, saya berumur 15 tahun.

Mulanya, saya tidak mengenali siapakah gerangan lelaki tersebut kerana dia hanya bertanyakan pada saya melalui sms dengan mendapatkan nombor telefon daripada rakan-rakan saya. Saya tanpa berfikir panjang, terus menerima kerana rasa ingin tahu bagaimana perasaan orang yang bercinta.

Selama sebulan kami hanya berhubung di dalam telefon, akhirnya, dia ingin berjumpa dan saya letakkan syarat, dia mesti membawa 2 atau 3 orang temannya bersama dan saya akan membawa 2-3 orang rakan saya. Tapi, saya bawa lebih dari 5 orang. pertemuan pertama kami adalah di kantin sekolah dan itu adalah pertama kali saya melihatnya.

Rupanya, dia adalah seorang pelajar dari kelas Sains tulen dan memang ramai juga pelajar perempuan yang meminatinya. Pertemuan pertama kami, hanya rakan-rakan yang banyak bercerita dan kami hanya diam. Langsung tidak bercakap sehinggalah perjumpaan selesai.

Selama beberapa bulan menjadi sepasang kekasih, saya masih tidak merasa kehebatan cinta yang sering diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. selepas pertemuan kami yang pertama, dia ingin bertemu lagi dan berkali-kali mengajak untuk bertemu, tapi ada saja alasan yang saya berikan kerana saya terasa seperti banyak mata yang memandang seperti yang saya rasakan pada pertemuan kami yang pertama. Tidak tahu mengapa..

Akhirnya, saya rasa seperti tidak ada apa-apa benefits pun bila mempunyai pasangan, dan saya memutuskan hubungan kami dengan tanpa ada sebarang alasan. Dia sangat kecewa dan sedih.. Selama seminggu dia tidak bersemangat sewaktu berada di sekolah. Rakan-rakannya memujuk untuk saya menerimanya kembali. Akhirnya, saya kesian dan menerimanya kembali walaupun tidak ada perasaan cinta dalam hati.

Hubungan tanpa percintaan memang tidak kekal lama, saya kembali memutuskan hubungan kami dengan sebab ingin menumpuhkan perhatian pada pelajaran dahulu. Tambahan pula, saya semakin rimas bila dia berkali-kali mengajak untuk berjumpa. dia menelefon pada saat itu juga(kerana saya memutuskan hubungan melalui sms) dan apa yang saya dengar adalah tangisannya. Saya sungguh rasa bersalah pada saat itu kerana baru saya sedar yang saya telah mempermainkan hatinya. Saya rasa diri saya sangat kejam bila mendengar tangisannya yang tidak pernah saya dengar sebelum ini.

Mulanya, saya keraskan hati untuk tidak menerimanya kembali, tapi rasa bersalah bertambah apabila setiap hari dia menghantar sms yg memberitahu betapa terlukanya dia. Hati saya memang mudah tersentuh dan mudah merasa kasihan pada orang lain, saya tidak sampai hati bila melihat dia merayu-rayu dan menangis. Akhirnya, saya menerima dia kembali.

Saat saya melangkah ke alam IPT, banyak yang dapat saya lihat. pelbagai ragam manusia. Dari sinilah saya banyak mempelajari erti kehidupan sebenar. Saya melihat ramai pelajar yang sama kampus akan belajar mengulangkaji bersama-sama, makan bersama-sama, ke kelas bersama-sama… dalam fikiran saya, hanya satu, mereka tidak bosan ke bila sentiasa bersama dengan orang yang sama pada setiap masa?

Dan dimana sahaja, mereka pasti akan berpegangan tangan. ketika itu, saya terfikir, selama saya mengenali ‘dia’ dan menjadi kekasihnya, perkara yang tidak pernah kami lakukan adalah berpegang tangan. Seperti ada satu magnet pada diri kami yang mempunyai kutub yang sama.

Dunia IPT la yang banyak mengajar saya apa itu couple. Saya bernasib baik kerana mempunyai seorang kakak yang memandu saya tatkala diri ini masih tidak mengetahui selok belok dunia sebenar. Kakak saya banyak berpesan, Jaga diri dan jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang tidak baik. Saat itu, saya sedar bahawa selama ini, saya telah banyak terpengaruh dengan teman2 sekolah dulu. Terpengaruh dengan cerita-cerita kehebatan cinta mereka..

Di dunia IPT jugalah, saya mengerti apa itu Islam (kerana saya berasal dari keluarga muallaf) kerana saya tidak ada saudara mara, datuk atau nenek yang boleh saya jadikan rujukan dan pertanyaan berkenaan Islam. Di sini, saya berjumpa dengan ramai rakan2 yang muslim dengan pelbagai bangsa. dan rakan yang rapat dengan saya seorang berbangsa Melayu. Dia banyak memberitahu dan menceritakan saya Islam itu bagaimana.

Pada mulanya, saya hanya menganggap Islam itu, kita perlu berkelakuan baik dan Allah akan suka. Bertudung dan Allah akan sayang. Jaga maruah diri dan Allah akan cinta. Tapi sebenarnya, Islam itu, kita hendaklah berkelakuan baik luaran dan juga dalaman.. merendah diri.. Kita hendaklah menutup aurat selengkapnya, bukan membungkus aurat dengan baju ketat tetapi memakai tudung, kita menjaga maruah kita, bersopan-santun, pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dan yang sangat penting adalah Jaga Solat 5 waktu.

Pada satu malam, saya duduk bersendirian melayan bunyi cangkerik dan sunyi malam itu. Tiba-tiba otak saya teringatkan dia. Sejak saya melangkah ke IPT, sudah lama kami tidak berhubung. Rasanya hampir 2 bulan. Last kami ber sms pun diakhiri dengan pergaduhan kerana saya tidak mengendahkannya dan jarang membalas smsnya. Pada malam itu, tangan saya ringan mencapai telefon bimbit dan menghantar sms ingin meminta putus darinya dan kali ini saya NEKAD dan tidak akan kalah dengan rayuannya lagi.



Dia membalas, Mengapa? Adakah saya mempunyai lelaki lain?.. Saya hanya tersenyum membaca sms itu. Seperti ada sesuatu yang memberikan saya alasan yang terbaik dan saya harap alasan itu dapat mengubati kekecewaannya. saya membalas smsnya dengan menjawab, tidak ada lelaki lain yang saya cintai kerana saya tidak rasa bagaimana cinta sesama manusia yang sebenar, saya hanya rasa bersalah pada Allah kerana telah membelakangkanNYA selama ini dan tidak sedar akan kehadiran Allah yang sentiasa menemani hambaNya di saat susah atau senang.

Saya hanya ingin mendekatkan diri pada Allah dan ingin belajar lagi serta mendalami Islam. Belajar serta mendalami Islam sahaja, tidak cukup, saya mahu praktikan cara hidup Islam yang sebenar dalam kehidupan saya. saya harap awak memahami saya. dan itu ada sms terakhir dari saya kepada dia 2 tahun lepas. keesoaknnya, dia setuju. Barulah saya terasa seperti terbang semua beban yang menghimpit minda.

Memang banyak perubahan yang berlaku pada saya saat saya melangkah ke dunia IPT ini. Alhamdulillah, Allah telah temukan saya dengan ramai rakan yang boleh saya jadikan teladan. Ya Allah, sungguh besar cahaya hidayah yang telah Engkau kurniakan ini sehingga tidak terucapkan dengan kata-kata betapa indahnya, manisnya, bahagianya hidayah ini. Mungkin inilah hebatnya rasa cinta yang dahulunya pernah diceritakan oleh rakan2 saya tentang cinta mereka, tetapi cinta yang saya dapat ini, tidak dapat saya ceritakan dan ungkapkan betapa indahnya.. hebatnya.. sangat indah..

Saya amat bersyukur kerana Allah melindungi saya yang jahil ini daripada mendekati bunga-bunga zina dan masih memberikan peluang pada saya untuk memandang dengan lebih dalam erti ISLAM. salah satu nikmat yang terbesar dari Allah..
Alhamdulillah. Allah itu Maha Besar. Allah Maha Agung. Allah segalanya.

Petikan daripada blog PenPatah

Ps:..sdikit sbnyk sm dgn driku..=P

Saturday 25 August 2012

FaRiS AuDaH_SyUhAdA PaLeStIn







Faris Audah Dalam Kenangan. Faris Audah ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan semasa dia masih hidup lagi,apatah pula setelah beliau kembali ke hadrat Ilahi. Ini adalah disebabkan keberanian beliau melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.

Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah tentera zionis itu.

Sehinggakan pada suatu ketika fotonya dapat dirakam oleh pemberita luar negara untuk dimuatkan dalam majalah-majalah seperti News Week, Times dan seumpamanya dibawah tajuk Intifadhah dan sebagainya. Ia menunjukkan seorang remaja sedang membaling batu ke arah kereta berperisai di bawah rembang senja secara berseorangan dalam jarak yg dekat, menunjukkan keberaniannya..

Faris sememangnya seorang yg berjiwa besar dan bersemangat waja, kerana dia selalu mengingatkan ibu dan keluarganya bahawa Yahudi itu adalah musuh mereka dan musuh Islam. Faris berpesan supaya mereka sekeluarga terus berjuang menentang Zionis Israel untuk membebaskan bumi Palestin yg mereka cintai. Dia juga mengobarkan semangat di kalangan rakan-rakannya dgn mengajak mereka supaya terus merejami tentera Yahudi dengan batu dan supaya mereka jangan takut walaupun ramai kalangan rakan remajanya yg tercedera ditembak tentera.

Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi pada masa itu yang masih digeruni tentera Yahudi itu ialah dengan menggunakan batu. Ramai tentera Yahudi yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.

Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg mengejar dan berjaya mengenai sasarannya. Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.

Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di dadanya. Rakan-rakannya tidak menyedari dengan segera saat tumbangnya Faris ke bumi. Setelah disedari beberapa ketika, mereka mendapati Faris terbaring di tanah dan cuba menyedarkannya. Ternyata dia terlalu lemah dan hampir pengsan dengan darah mengalir keluar dari tempat lukanya di dada. Mereka terus berlari mengusungnya dan mengejarkannya ke ambulan terdekat. Sampai di hospital, dia telah disahkan mati kerana peluru itu menembusi jantungnya, organ yang paling kritikal di badan manusia..

Sementara itu ibu Faris mencarinya di bilik dan mendapatinya hilang. Beliau risau kerana Faris tidak makan dan pergi tanpa memberitahunya ke mana tujuan. Setelah resah menanti kepulangan anaknya sekian lama, beliau di datangi rakan anaknya dan diberitahu apa yg terjadi. Betapa hancur luluh hati ibu Faris bila mengetahui Faris telah syahid dan pulang rahmatullah. 

Beliau terkilan kerana Faris tak sempat berjumpa dengannya hari minggu itu dan memberikan pelukan dan kata-kata terakhir. Walaupun begitu beliau redha dengan kehendak ALlah. Airmata sahaja yang menjadi penawar lukanya. Faris meninggalkan ibu dan adik lelakinya buat selama-lamanya. Beliau mengikut jejak ayahnya yg telah juga pergi selamanya menemui Ilahi.

Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil itu. Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi musuh Allah. Semua orang kenal apabila di sebut nama Faris, remaja yang tidak tahu takut pada Zionis itu. Semoga Allah menerimanya sebagai seorang syuhada' yg sejati.

Selepas kejadian sedih itu, ibu Faris sering ke sekolah anaknya untuk bertemu dangan rakan-rakannya. Rakan-rakan Faris semua tidak dapat melupakannya sehinggakan mereka masih mengosongkan tempat duduk Faris di di dalam kelas. Ibu Faris terhibur juga apabila dapat bertemu dan berbual dengan rakan-rakan anak kesayangannya itu.

Itulah kisah Faris, suatu kisah benar seorang remaja yg dirakam di dalam vcd Anak-Anak Palestin Pengukir Sejarah (dengan darah). Itu adalah sumbangan Faris untuk Islam dan pembebasan

Palestin. Apakah sumbangan kita pula. Marilah kita berazam untuk membantu mereka sedaya yang mampu kerana Palestin adalah kiblat kita yang pertama dan Allah sememangnya menyuruh kita membela dan memeliharanya dari tangan zionis dan kafirun sehingga hari kiamat. Siapa yang berjaya memiliki tanah mulia itu, merekalah yang akan menguasai dunia.. Apakah kita tidak mahu Islam terus memiliki tanah suci itu demi menguasai dunia dan mengimarahkan dunia dengan deen Allah, Al Islam?

Thursday 23 August 2012

KeSaN aIr TaNgAn oRaNg yAnG tAk SoLaT






Allah SWT telah mewajibkan semua hamba-Nya agar menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Tahukah kita bahawa solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya nanti di akhirat kelak, sebelum amalan-amalan yang lain.

 Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat | Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.




Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad.

 Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.

Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

 Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dan sebagainya.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan

Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam

Kita pada hari ini solat seperti dianggap satu perkara yang biasa. Nak buat, buat. Nak tinggal, tinggal. Kita langsung tiada alasan untuk tidak menunaikan solat, kerana di Malaysia sendiri, di RNR sudah disediakan surau untuk menunaikan solat. Berbanding dengan negara-negara luar, yang terpaksa solat di tepi jalan. Ingat, solat antara perkara utama yang akan ditanya sebelum amalan yang lain.




Tuesday 21 August 2012

TiP UsAhA mEnCaRi JoDoh bAgI kAuM WaNiTa



Ya wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya??

1. Berusaha menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan. Biasanya produk 'solehah'yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah 'kesudian hati' anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.

2. Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimilik 
(hanya dengan sedikit godaan berupa SMS, call, puji-pujian dan lain-lain), senang pula untuk dipersia-siakan.

3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dan sebagainya yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.

4. Jika anda terpikat kepada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan 'malu' anda di matanya.

5. Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencari untuk anda.

6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasullullah SAW.


Petikan dari:
Novel: DENYUT KASIH MEDIK
Novelis: DR. FARHAN HADI

Sunday 19 August 2012

RaYa..rAyA..RaYa!!!!!~~2012 (1 Syawal 1433)





Selamat Hari Raya..kepada semua yang mengenai diri ini..
Maaf Zahir dan Batin...
10 jari disusun memohon ampun..klu da
-Terkasar bahasa
-Terkasar perbuatan
-Tersilap cakap
-Tersakitkan hati sesape..
Mohon diampun kan yew..



*Semoga..raya tahun ini memberi seribu satu makna kepada kita umat    Islam..yang telah berjaya menempuh dugaan dan cabaran berpuasa selama 1 bulan..
*Jangan dilupakn saudara kita yg berada di luar sana yang menyambut Syawal dalam serba kekurangan..
*Bersyukurlah dengan rezeki yang ALLAH kurniakan kepada kita..
*Juga..sentiasa lah mendoakan 
saudara kita supaya sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan dari ALLAH SWT..Amin..

Saturday 18 August 2012

BiSkUt nEsTuM...Raya..Raya...!!!



BAHAN-BAHAN :

-Tepung Gandum
-Tepung Jagung (400g)
-Buttercup (1 buku)
-Gula yang dikisar halus (1 cawan + 3/4 cawan)
-Esen Vanilla (1 sudu)
-Nestum (1 cawan)
-Soda serbuk (1 sudu)
-Telur (2 biji)



CARA MEMBUAT :

-Kacau gula dengan buttercup sampai kembang
-Masuk telur dan esen vanilla
-Masuk tepung Jagung.Untuk memantapkan adunan masukkan tepung gandum sikit demi sedikit
-Masukkan soda
-Masukkan Nestum
-Torak dan Terap
-Bakar


HIASAN :

-Telur Kuning
-Nestum 



Untuk kali pertamanye..aq berjaya membuat kuih raya...hahah...sebenar nyew sbelum nie dh pnh bt bnyk kuih..tpi nie la yg prtma kli buat..tnpa bntuan org..(sbnrnyew adk ngn akk da tlog..heheh)
Ok..akhirnyew..siap jgk..lme jgak buat..dri pkul 10pm smpi pkul 2 pgi..fuhh..pnt gler..tpi puas..rs mcm nk buat lgi jew..tgk la mcm mn nnt...hmee..wlupun bntuk x bpew nk cntik..tpi x pew..conferm blh mkn..    don't jurge a kuih by its cover ok..hahahah!!!
Kuih nie..khas tok ryew taun ni(2012)..haha..mcm mn la org yg dtg 2 rsa..family aq ckp..sedp jew..huhu...mesti sedp pnyew lah..

Finally..Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Dan Batin..=)

ps: taun dpn nk bt kuih pew lg ek..hehhe..sila ksi cdangn...sng jew..rupewnye bt kuih nie..huhu


Wednesday 15 August 2012

CeRiTa CiNtA



Sedang aku duduk bersendirian, fikiranku laju bermain dengan pelbagai persoalan. Tiba-tiba aku disapa oleh teman sebilikku, Nurul Iman.

"Assalamualaikum, Shera," katanya kepadaku.

Aku tersenyum sewaktu memandang wajahnya, sungguh lembut dan tenang hati memandang. "Waalaikumsalam," jawabku.

"Nun termenung jauh, sedang berfikir tentang apa?" tanya Iman.


Perlukah aku beritahu dia? Siapakah dia? Adakah berhak dia mengetahui segala isi hatiku walhal kami baru sahaja kenal? Haih.. Entahlah. Apa yang pasti, tidak mampu aku mengeluarkan kata-kata pada saat itu. Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan.

Biarpun aku tidak menjawab persoalannya, dia tidak mengambil hati. Malahan, dia masih mengatur bicara untuk memecahkan kesunyian di antara kami. "Hmm.. Mesti awak tengah fikir tentang cinta, kan?"

Aku masih diam membisu. Sungguh mudah dia menebaknya. Apa jelas sangatkah kelihatan mengenai isu itu di rautku? Diukirnya sebuah senyuman di wajahnya yang mulus. Mahu dikatakan dia cantik seperti supermodel, tidak. Mahu dikatakan dia tidak cantik, menarik pula bila dipandang wajahnya. Apa yang pasti aku dapat merasakan satu ketenangan di saat aku menatap wajahnya. Dia kelihatan baik. Kelihatan seperti boleh dipercayai. Senyuman di bibirnya masih terukir.

Dilihatnya wajahku seraya menyambung kata, "Bercinta ni seronokkan?"

Tersengih aku dibuatnya. Mahu sahaja menjawab seronok tapi hati segan pula. Dia seakan mengerti perasaanku yang mungkin agak segan untuk berbicara soal ini. Apatah lagi, aku tidak pernah mengenalinya.

"Rasa macam di awang-awangan. Apa orang kata? Mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena... Kan?" tanpa jemu dia cuba mendapatkan responku.

"Hmm.. Mungkin," jawabku ringkas.

"Haa? Mungkin?" soalnya disusuli dengan tawa nipis.

Aku hanya mengangguk sahaja tanda setuju. Tidak tahu bagaimana mahu memberi reaksi.

"Awak pernah bercinta?"

"Entahlah. Saya pun tak tahu nak kata macam mana," aku meluahkan kepadanya.

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak pasti?"

"A'ah. Mahu dikatakan kami bercinta, kami tidak pernah declare pun. Mahu kata tidak, kami berhubungan lagaknya seperti orang yang bercinta. Saya sendiri tak pasti."

"Titt!" Telefonku berbunyi menandakan masuk satu mesej. Terus aku buka dan baca, 'Nenek! Nenek dah sombong kan, sekarang? Asyik busy je. Jom jumpa! :D'

Entah mengapa aku tersenyum membaca mesej yang dihantar oleh Haziq yang ku gelarnya 'atok'. Terus laju jariku menari di atas butang-butang telefon bimbitku, membalas mesej kepada rakanku itu. Sedari sekolah lagi kami memang rapat. Biarpun sering bertengkar, tapi hubungan kami bertambah mesra. Aku berasa senang bila bersamanya. Ada semacam perasaan seronok dan adrenaline ku laju mengalir dalam tubuh di saat aku meluangkan masa bersamanya.

'Ahah. Tak pasal-pasal lah atok ni! Sombong apa ke benda nya? Awat? Rindu eh? :p'

-message sent-

"Dapat mesej dari yang tersayang ke?" soal gadis berlesung pipit itu melenyapkan khayalanku sebentar tadi.

"Isy.. Bukanlah. Kawan je," jawabku tersipu-sipu malu.

"Iye ke?" nadanya seolah mengusikku. "Kalau kawan takkan lah senyum lebar sampai ke telinga?"

"Titt!" -message in-

'Mestilah rindu nenek yang tersayang ni...... :*'

Sekali lagi bibirku mengukir senyuman. Entah kenapa aku tersenyum pabila membaca mesej yang dihantar oleh kawan lelakiku itu. Seolah-olah satu tindakan luar kawal. Seolah-olah adrenaline ku tidak mahu surut pabila ada sahaja perkara yang berkaitan dengannya. Hmm... Aku jadi terfikir mungkinkah aku sedang bercinta tanpa aku sedari? Mungkin inilah yang dikatakan cinta cuma aku masih mahu menafiknnya selagi kami tidak official? Ah! Tak! Tak mungkin! Takkanlah kami bercinta sedangkan kami selalu bertengkar?

Aku ketepikan sebentar telefon tanganku, seraya menjawab persoalan yang diajukan oleh teman sekamarku, "Sungguh, lah. Kitorang kawan, tak couple pun. Hmm.. Kalau kamu nak tahu, dari dulu sampai sekarang memang niat Shera nak cinta pertama dan terakhir untuk suami Shera je. Tak nak lah kongsi dengan orang lain. Apa seronok. Nanti kalau kita dah kahwin, dah tak rasa dah nikmat bercinta. Lagi satu, orang selalu kata cinta pertama paling susah nak lupa tak kira lama mana pun. Sebab first love selalu bagi kesan paling mendalam. Jadi, mestilah Shera nak suami Shera jadi cinta pertama. Tak nak lah bila kahwin nanti terkenang pulak dekat ex-boyfriend ke apa ke, kan?" Panjang lebar aku berikan jawapan. Terasa puas bila dapat beritahu pada orang tentang prinsipku biarpun ditanya berpuluh kali.

Wajahnya begitu lembut, ditambah pula dengan senyuman yang tak pernah lekang daripada bibirnya membuatkan aku senang untuk berbicara soal ini dengannya. Dia kelihatan begitu tenang sekali sebelum meluncurkan kata-kata daripada bibirnya.

"Oh. Baguslah macam tu. Seronok mendengarnya. Sejuk perut ibu mengandung."

Aku tersenyum mendengar setiap tutur bicara yang keluar daripada mulutnya. Kadang, ada timbul sedikit perasaan bangga kerana biarpun aku bukannya daripada keluarga yang alim-alim, yang memakai tudung labuh atau niqab, aku masih lagi berpegang teguh dengan prinsip. Sekurang-kurangnya dapatlah dia mengerti aku juga faham syara'. Aku faham Islam melarang hubungan couple sebelum bernikah.

"Hmm.. Awak, pernah bercinta?" ku tanya gadis kecil molek yang duduk disebelahku. Saja mahu mengujinya.

"Bercinta? Mestilah pernah. Rugi tau orang yang tak pernah bercinta," ujarnya tanpa segan silu.

Kata-katanya itu membuatkan perasaan ingin tahu ku mebuak-buak. Rupa-rupanya orang yang disangka baik ini, yang lembut tutur bahasanya, yang baik budi pekertinya masih juga bergelumang dengan perkara sebegini. Benarlah sangkaanku selama ini. Biar sealim mana pun orang, mesti ada juga yang pernah terlibat dengan benda-benda ini.

"Seriously? Tak tipu?" aku berasa sedikit teruja dengan jawapan yang diberikannya.

"Iya. Buat apa saya nak tipu awak?"

"Wow! Kalau macam tu, story lah kat saya. Siapa boyfriend awak tu? Berapa lama korang dah couple?"

"No... No.. No... Saya lebih suka kalau awak sebut kekasih.. Kekasih hati. Tak syok lah sebut boyfriend sebab saya ramai boyfriend tau.." ujarnya bergurau.

"Ish.. Tak sangka kan... Kamu ni nampak je macam ni. Tapi, ramai boyfriend rupanya. Apa orang kata, alim-alim kucing? Eeee... Gatal......" usikku.

"Lah... Awak pun ramai boyfriend cakap orang. Tu, Rahman, Azree, Farish, Daniel semua tu siapa? Haaa."

Aik? Dikenakan aku semula. Loyar buruk sungguh minah seorang ni. Nasib baik mood aku baik, kalau tak memang kena dengan aku. Ishh......

"Iya lah.. Apa-apa lah cik Nurul Iman bt Yahya oii... Tak habis-habis dengan loyar buruknya tu. Tapi kan, Iman... Kenapa kamu saving sangat ha? Tak pernah nak share kat saya pun pasal kekasih hati kamu tu?"

"Hmm... Ada lah... Cuma awak tu.. Sibuk sangat bermesej dengan teman tapi mesra."

Aku hanya tersipu malu mendengar komennya.

"Awak ingat awak je rindu kat 'atok' awak tu? Saya pun rindu tau dekat cinta hati saya tu. Rinduuuuu sangat. Ish... Tak terkatalah. Rasanya rindu awak kat 'atok' pun tak boleh challenge kerinduan saya kot?"

"Aik... Ni macam dah lain dah ni? Rindu, rindu... Mesti selalu dating kan? Sebab tu rindu macam tak boleh nak berpisah langsung dah ni.. Kan?" aku cuba mengorek dengan lebih mendalam lagi.

"Bravo! You got 10 points for the correct answer!" ujar Iman sambil menepuk-nepuk tangan.

"Ish.. Seriously. Betul, kan kamu selalu dating? Kan kan?"

"Saya serious lah ni... Tiap-tiap kali dapat panggilan daripada cinta saya tu, mesti kena pergi dating lah. No kompromi. Kalau tak, kena marah... Eeee... Takut tau kalau kena marah."

"Garang juga kan kekasih awak tu. Nasib baik lah 'atok' tu reti merajuk je, tak marah-marah."

Dia tersenyum nipis mendengar kata-kataku itu. Iman kemudiannya melabuhkan punggungnya di sebelahku. "Ha, marah tu kan tanda sayang. Kalau awak nak tau... Dia sweet sangat. Hari tu saya kena mouth cavity sebab itu lah. Manis sangat," ujarnya sambil ketawa nipis.

"Hmm. Iya lah... Tapi kan Iman, kenapa Shera tak pernah pun nampak kamu contact dengan dia? I mean, tak pernah pun nampak kamu SMS ke... Call ke... Pelik juga. Kamu ni saja reka cerita eh?"

"Ish.. Tak lah. Memanglah awak tak pernah nampak saya SMS ke, call ke. Sebab saya old school. Baca surat cinta je. Lagipun, kekasih hati selalu je call saya."

"Yeah? Hmm.. Siapa eh dia? Dari tadi kamu cerita tapi tak sebut pun nama dia. Cuba kamu cakap siapa dia. Mana tau saya kenal...."

"Betul ni nak tau?"

"Iya... Mana tau nanti kita boleh keluar sama," ujarku.

"Allah."

Aku terdiam membisu mendengar kalimah itu yang keluar daripada bibirnya. Iman yang dari tadi duduk di sebelahku tersenyum melihat aku terpinga-pinga.

"Mesti Shera terkejut kan kenapa saya cakap macam tu?"

Aku masih terdiam. Terasa seperti dipermainkan pun ada. Kusangkakan dia juga sepertiku. Tapi...

"Tapi.... Tadi kamu kata dia call lah, bagi surat cinta lah, marah lah.... Kamu cerita as if he is a man. Tapi...."

Iman masih mengekalkan senyuman di bibirnya sebelum menjawab persoalan yang bermain di mindaku.

"Shera, setiap kali azan, setiap kali itulah Allah call saya. Kalau saya tak jawab, kalau saya tak 'dating' dengan Dia, tidakkah Dia marah? Lagipun, Allah memang sweet. Sebab Allah tak pernah tinggalkan kita, hambaNya, dalam keadaan yang terkapai-kapai tanpa petunjuk. Sebab tu Allah bagi kita surat cinta iaitu Al-Quran. Allah pun selalu bagi kita hadiah. Hari-hari, setiap detik, setiap waktu. Cuba awak bayangkan kalau Allah tak hadiahkan kita mata. Setiap kali kita nak melihat, terpaksa sewa dengan Allah. Jenuh, kan kita?"

Tiada kata yang dapat aku susun untuk mematahkan hujah teman sebilikku itu. Setiap butir kata yang diluahkannya ada kebenarannya. Aku tunduk malu mendengar apa yang dia perkatakan.

"Hmm.. Memang lah. Tapi, siapa yang nak membujang sampai ke tua? Allah sendiri suruh kita usaha kan dalam apa jua perkara? Jadi, saya cuba mengenali hati budi dia. Lagipun, bukannya kitorang couple..."

"Shera, awak nak tak suami yang baik?" tanyanya lembut.

Aku mengangguk tanda ya.

"Kalau awak nak suami yang baik, awak mesti jadi baik dulu, kan?" tanyanya lagi.

Sekali lagi aku mengangguk tanda setuju.

"Jadi, apa kata sebelum awak bercinta dengan manusia, awak bercinta dengan pemberi cinta dulu. Let Allah be in your heart before anybody or anything else. Lagipun, love story kita kan Allah yang tulis?"

Love story kita Allah yang tulis. Ya, satu pesanan yang akan aku ingat sampai bila-bila. Sekarang, baru aku mengerti... Jangan hanya berangan untuk dapat satu pertemuan yang sweet tetapi, binalah satu percintaan yang sweet dengan Si Pemilik Cinta. Insya-Allah, love story kita akan menjadi sweet.

SETIAP SESUATU DICIPTAKAN BERPASANG-PASANGAN





Al Qur’an yang berulang-ulang menyebut adanya pasangan dalam alam tumbuh-tumbuhan, juga menyebut adanya pasangan dalam rangka yang lebih umum, dan dengan batas-batas yang tidak ditentukan.
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]

Sejak awal keujudan manusia, manusia dapat perhatikan hubungan berpasangan ini telah wujud. Di mana lelaki pasanganya wanita, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya bulan, siang pasangannya malam.

Di dalam Islam, kita turut diajar soal dosa pasangannya pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat.





KEAJAIBAN ANGKA DI DALAM AL QURAN

Al Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2. Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, AlQuran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 saja yang dianggap ajaib dalam Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Quran oleh Sang Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:


a) Hidup dan mati ( 145 kali )
b) Perbuatan baik dan buruk ( 167 kali )
c) Dunia dan akhirat ( 115 kali )
d) Ucapan terang dan tersembunyi ( 16 kali )
e) Malaikat dan syaitan ( 88 kali )
f) Faedah dan kerugian ( 50 kali )
g) Kesusahan dan kesabaran ( 114 kali )
h) Lelaki dan perempuan ( 24 kali )
i) Kecintaan dan Keta’atan ( 83 kali )
j) Hidayah dan Rahmat ( 79 kali )
k) Keselamatan dan Kebaikan ( 50 kali )
l ) Musibah dan Bersyukur : ( 75 )
m) dan lain - lain




Mari kita lihat beberapa contoh penemuan pasangan lain yang kita ketahui melaui kajian sains moden.



TUMBUH-TUMBUHAN DICIPTAKAN BERPASANGAN, JANTAN & BETINA

Pada masa dahulu manusia tidak mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan juga mempunyai perbedaan jantina yang jelas antara jantan dan betina. Ilmu Botani menjelaskan bahawa setiap tumbuhan mempunyai jantina jantan dan betina. Malah tumbuhan yang mempunyai kedua jantina bersekali (unisexual), mempunyai kedua-dua elemen-elemen yang jelas perbedaannya antara jantan dan betina.
Dan Dia telah menurunkan dari langit air maka Kami keluarkan dengannya berpasang-pasangan dari tumbuh-tumbuhan yang beraneka ragam (warna dan rasa) ( Thaahaa : 53 )

Dan dari segala buah-buahan Dia menjadikan padanya berpasang-pasang dua..( Ar-Ra’d : 3 )

Buah adalah produk terakhir dari sistem pembiakan tumbuh-tumbuhan berperingkat tinggi. Peringkat sebelum menjadi buah adalah bunga, yang mempunyai organ jantan dan betina (benangsari dan ovula), Apabila debunga di bawa ke bunga, ia menjadi buah, yang mana buah ini akan ranum dan membebaskan bijinya. Oleh itu semua buah-buahan menunjukkan adanya organ jantan dan betina; sepertimana fakta yang diterangkan dalam Al-Qur’an.

Dalam spesis-spesis tertentu, buah boleh terjadi dari bunga yang tak disenyawakan (buah dari jenis parthenocarpic), contohnya pisang, sebahagian jenis nenas, buah teen, oren, anggur, dll. Jenis-jenis ini juga mempunyai ciri-ciri jantina jelas/pasti.

Dan dari tiap-tiap sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan. ( Az-Zaariyaat : 49)

Ayat ini merujuk kepada benda-benda selain dari manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Ia mungkin juga merujuk kepada fenomena seperti kuasa elektrik di mana atom yang mengandungi elektron dan proton, yang masing-masing mempunyai caj negative dan positif.





ION POSITIF DAN NEGATIF

Ilmuwan yang pertama kali menemukan Ion adalah fisikawan Jerman, Julius Elster dan Hans Friedrich Geitel pada tahun 1899. Ion adalah atom yang bermuatan negatif atau positif. Atom tersusun dari netron yang muatannya netral, proton yang positif dan elektron yang negatif. Netron dan proton ada di bagian tengah yang merupakan inti atom, sedangkan elektron berputar mengelilingi inti atom pada tempat orbitnya (tingkat energi).

Jumlah muatan positif dan negatif pada atom adalah sebanding, sehingga atom tidak memiliki muatan. Tapi, karena sesuatu sebab, beberapa elektron dapat meninggalkan atom (elektron ini disebut elektron bebas). Jika atom kehilangan elektron bebas, ia berubah menjadi ion positif. Sebaliknya, akan menjadi ion negatif jika ia menerima elektron bebas. Ion-ion ini tidak stabil dan cenderung mencari gandengan untuk berikatan.





SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA 

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)

Antara penyakit dan ubatnya yang Allah jadikan di satu perumah yang sama ialah :

a) Sayap Kiri dan Kanan Lalat Rumah
Nabi Muhammad saw bersabda yang bermaksud, “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4).



Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas. 



Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. 

Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi memastikan racun yang terserak dineutralkan semula. 




 Santan Kelapa dan Airnya

Santan kelapa banyak mengandungi kolestrol. Hampir 90 persen daripada 100 ml santan mengandung kolesterol. Namun dalam masa yang sama, Allah turut menyediakan ubat di dalam sebiji kelapa di mana airnya merupakan antara ubat yang baik sebagai penawar kepada keracunan.


Durian

Bagi penggemar durian pastu menyedari sekiranya kita makan terlalu banyak durian badan akan menjadi panas. Cara untuk mengurangkan kepanasan adalah minum air kosong yang diisi di pangsa durian tersebut.


Firman Allah swt :

Maha Suci Zat yang telah menciptakan berpasang-pasangan semuanya dari apa yang ditumbuhkan bumi dan dari diri-diri mereka sendiri dan dari apa yang tidak mereka ketahui. (Yaasiin : 36 )

Di sini Al-Qur’an menyatakan bahawa setiap sesuatu itu diciptakan berpasangan, termasuk benda-benda yang masakini masih belum diketahui oleh manusia, dan yang mungkin ditemui kemudian hari.