Rindukah
kamu pada Rasulullah?
Sayangkah
kamu pada Rasulullah?
Cintakah
kamu pada Rasulullah?
Tahukah
kamu, bahawa Rasulullah sangat mencintai kita?
Di saat
malaikat maut ingin mencabut nyawa, baginda tidak gembira dan tenang pergi
bertemu Illahi sehingga mendengar melalui Malaikat Jibril bahawa Allah s.w.t.
memberi jaminan bahawa tidak akan masuk syurga umat-umat lain melainkan umat
Baginda s.a.w. dahulu memasukinya. Subhanallah… Begitu dalamnya cinta Baginda
kepada kita.
Tahukah
kamu, Rasulullah sangat menyayangi kita?
Di saat
Malaikat Jibril datang kepada Baginda dan menerangkan sifat-sifat neraka
jahanam, dan menerangkan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat
neraka jahanam itu adalah untuk umat Nabi Muhammad yang berbuat dosa-dosa besar
dan tidak sempat bertaubat, Baginda jatuh pengsan.
Baginda
begitu sedih dan berdukacita. Baginda menangis sehingga Baginda tidak keluar
rumah kecuali hanya untuk solat dan tidak berbicara dengan orang. Ya
Allah….begitu besar kasih sayang Rasulullah kepada kita.
Tahukah
kamu Rasulullah sangat merindui kita.?
Di saat
malaikat maut ingin mencabut nyawa, nama kita disebut-sebut baginda.
“ummati…ummati…ummati…”
Tahukah
kamu, Rasulullah sangat rindu bertemu dengan kita?
ketika
Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda bertanya kepada
sahabat.
“siapakah
yang paling ajaib imannya?”
Seorang sahabat menjawab, “malaikat…”
Baginda
menjelaskan, ”bagaimana para malaikat
tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka hampir dengan Allah..”
Para
sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, ”Para nabi..”
“Bagaimana
para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka..” jelas
Rasulullah..
”
Mungkin kami…” celah seorang sahabat…
“Bagaimana
kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kamu..” Rasulullah
menyangkal..
“kalau
begitu, hanya Allah dan Rasul-NYA sahaja yang lebih mengetahui..” jawab seorang
sahabat..
“kalau
kamu ingin tahu siapa mereka? mereka ialah umatku yang hidup selepasku..mereka
membaca Al-Quran dan beriman dengan semua isinya..berbahagialah orang yang
dapat bertemu dan beriman denganku…dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang
beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku..” jelas Rasulullah…
“Aku
sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi setelah
seketika membisu.
Sedarkah
kamu. Tahukah kamu, siapakah ‘ikhwan’ Baginda? Siapakah yang Baginda rindu
ingin bertemu?
Mereka
adalah kita. Umat Rasulullah. Mereka yang belum pernah melihat baginda
Rasulullah tetapi beriman dengan Baginda sebagai Rasulullah dan mereka sangat
mencintai Rasulullah melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua
mereka.
Betapa
Rasulullah ingin bertemu dengan kita. Betapa Rasulullah rindu akan kita.
Tanyalah pada diri...di mana kita letak Rasulullah dalam hidup kita..
Tangga ke berapakah Rasulullah dalam hati kita..
Khutbah terakhir Rasulullah SAW kepada umatnya...