"Aku
memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia.."
"Kenapa
pulak?"
"Sebab
aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah."
Pergh..
terbaiklah bro! Alhamdulillah..
Beruntung
siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai
penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang
selalu disayanginya dengan cara yang salah.
Ya..
begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat
bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak
dengan dosa ketika ber'couple', iman yang ada dalam diri pasti akan menegur.
Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.
~Cepat-cepatlah
terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.
Sememangnya
terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya.
Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber'couple'. Selepas keputusan
itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan,
bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat
bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin.
Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.
Itu
barulah 'saling menyayangi' namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga
atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang
betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?
Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber'couple' itu
terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan
nafsu. Direct to the point, ber'couple' (sebelum nikah) tidak baik
untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya 'kehilangan' atau
perpisahan. Kerana 'kehilangan' atau perpisahan yang kita tidak suka itu
sebenarnya baik untuk kita.
Allah
'Azza Wa Jalla berfirman;
"Boleh
jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui,
sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)
"biarlah
kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana
si dia."
Sahabat-sahabat
semua.. Marilah sama-sama kita renungkan... Belum tentu pasangan kita itu
adalah suami kita atau isteri kita. Kita 'bercouple' bagai nak rak, tiap malam
bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu
berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan
yang sementara.
Jika
pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang
selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir
setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun
menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di
fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai.
Tiada lagi kejutan mahupun 'suprise' yang membahagiakan kerana hampir kesemua
telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.
Kesimpulannya,
serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk
Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang
lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita
menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa
mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana
sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.
Marilah
kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita
semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta
kepada makhlukNya.
" Ya
Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang
mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri
cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi
orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta
orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya
Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku
cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau
cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku
cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau
cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada
cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya
Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan
hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan
jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku
mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.
(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW
bersabda, "Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s"
Wallahu
Ta'ala A'lam
<3 I Love Islam <3
No comments:
Post a Comment