Pada zaman ini banyak kita lihat orang saling ketawa
sesama mereka. Ketawa tu tak salah tapi apa yang kesalkan, ketawa
secara berlebihan itu boleh menyebabkan hati kita akan menjadi gelap. Seperti
mana dalam satu kisah Rasulullah SAW dalam menegur sahabat yang sedang ketawa.
Suatu ketika Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan untuk menunaikan solah lalu
Baginda s.a.w. ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah
sehingga menampakkan gigi.
Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku
keadaan yang saya lihat ini.”
Oleh itu, perbanyakkanlah
mengingati maut. Tiada satu hari pun berlaku tanpa kubur berkata, “Aku ialah
rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat.”
Apabila seseorang
mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, “Kedatanganmu
dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada
kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah yang paling aku
sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik
layanan daripadaku.“
Selepas itu, kubur akan meluas sejauh mata memandang.
Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan
wangi-wangian dari syurga secara berterusan.
Apabila orang yang
berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, “Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu.
Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka
bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah diserahkan
kepadaku, engkau akan melihat layan daripadaku.”
Selepas itu kubur
akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu
sama lain. Kemudian 70 ekor ular akan menghamburkan bisa ke atas bumi, maka
sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang
tersebut hingga ke hari kiamat.
Selepas itu,
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun
syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka.” (Misykat)
Keterangan:
Takutkan Allah SWT
ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang
menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk merenung. Mengingati maut akan
menambahkan sifat takut kepada Allah SWT. Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW
menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting dan
memberi manfaat. Dan menjauhi ketawa secara berlebihan merupakan salah satu
cara untuk kita tidak leka mengingat kepada maut.
Sumber:
Melayukini.net