Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap
hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui
kita; umat akhir zaman.
……………………………………………………………………………………………………………………………
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak.
Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu.
Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang
yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun
terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
“Apakah maksudmu berkata demikian wahai
Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? ” Saidina Abu Bakar bertanya
melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah
sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan),” suara Rasulullah
bernada rendah.
“Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah,” kata
seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya
perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, “Saudaraku ialah mereka
yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah
dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta
mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah
menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’
baginda: ”Siapakah yang paling ajaib
imannya?” tanya Rasulullah.
“Malaikat,” jawab sahabat.
“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada
Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah,” jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka
berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan
wahyu diturunkan kepada mereka.”
“Mungkin kami,” celah seorang sahabat.
“Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada
ditengah-tengah kau,” pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja
yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
“Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah
umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman
denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.
“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,”
ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
~~~~Begitulah Rindunya baginda terhadap umatnya~~~~
Adakah kita juga merindukan baginda seperti baginda rindukan kita??
renung-renungkanlah...
No comments:
Post a Comment