Saturday 25 August 2012

FaRiS AuDaH_SyUhAdA PaLeStIn







Faris Audah Dalam Kenangan. Faris Audah ialah seorang remaja yang baru berumur 13 tahun yang tinggal di tengah Bandar Gaza, di Palestin. Namanya menjadi sebutan semasa dia masih hidup lagi,apatah pula setelah beliau kembali ke hadrat Ilahi. Ini adalah disebabkan keberanian beliau melawan tentera Israel yang berkereta perisai tanpa merasa takut dan gentar walaupun hanya bersenjatakan batu-batu kecil.

Pagi-pagi lagi, Faris, seperti remaja lain akan ke sekolah untuk belajar. Selepas pulang di waktu petang, dia akan bersama-sama kawannya mengutip batu kerikir untuk membaling tentera-tentera Yahudi yg bersembunyi di dalam kereta perisai. Farislah yg paling terkenal di kalangan tentera musuh Allah itu kerana keberaniannya berbanding rakannya yang lain, kerana dia akan sentiasa berada di depan sekali semasa merejam batu ke arah tentera zionis itu.

Sehinggakan pada suatu ketika fotonya dapat dirakam oleh pemberita luar negara untuk dimuatkan dalam majalah-majalah seperti News Week, Times dan seumpamanya dibawah tajuk Intifadhah dan sebagainya. Ia menunjukkan seorang remaja sedang membaling batu ke arah kereta berperisai di bawah rembang senja secara berseorangan dalam jarak yg dekat, menunjukkan keberaniannya..

Faris sememangnya seorang yg berjiwa besar dan bersemangat waja, kerana dia selalu mengingatkan ibu dan keluarganya bahawa Yahudi itu adalah musuh mereka dan musuh Islam. Faris berpesan supaya mereka sekeluarga terus berjuang menentang Zionis Israel untuk membebaskan bumi Palestin yg mereka cintai. Dia juga mengobarkan semangat di kalangan rakan-rakannya dgn mengajak mereka supaya terus merejami tentera Yahudi dengan batu dan supaya mereka jangan takut walaupun ramai kalangan rakan remajanya yg tercedera ditembak tentera.

Bagi Faris, satu-satunya cara yang ada untuk menentang Yahudi pada masa itu yang masih digeruni tentera Yahudi itu ialah dengan menggunakan batu. Ramai tentera Yahudi yg cedera dibalingi batu, serta buta mata mereka bila terkena batu berbisa remaja-ramaja Islam dan sebagainya.

Faris pernah kelihatan dirakam di dalam lensa kamera seorang wartawan sedang mengejar seorang tentera Yahudi yg lari bertempiaran takut dibalingi batu beracun Faris itu. Faris mulanya dikejar, tapi bila dia dapat mengutip batu dan membalingi tentera itu sekali, tentera itu lari. Dia pula yg mengejar dan berjaya mengenai sasarannya. Biasanya apabila ada rakannya yg tertembak dan luka, Faris dan rakannya akan mengejarkannya ke ambulan Palestin yg sentiasa tersedia menanti di sekitar tempat mereka merejam itu. Kecederaan seperti itu biasa berlaku, dan ramai rakannya hanya cedera ringan dan pulih semula.

Pada suatu hari minggu yang cerah, Faris telah keluar dari rumahnya tanpa memberitahu ibunya. Dia terus mencari beberapa rakannya dan menghala ke tempat biasa untuk membalingi tentera Zionis di dalam kereta berperisai. Hari itu dia kurang bernasib baik kerana setelah melontar beberapa biji batu Faris telah ditembak oleh tentera di dadanya. Rakan-rakannya tidak menyedari dengan segera saat tumbangnya Faris ke bumi. Setelah disedari beberapa ketika, mereka mendapati Faris terbaring di tanah dan cuba menyedarkannya. Ternyata dia terlalu lemah dan hampir pengsan dengan darah mengalir keluar dari tempat lukanya di dada. Mereka terus berlari mengusungnya dan mengejarkannya ke ambulan terdekat. Sampai di hospital, dia telah disahkan mati kerana peluru itu menembusi jantungnya, organ yang paling kritikal di badan manusia..

Sementara itu ibu Faris mencarinya di bilik dan mendapatinya hilang. Beliau risau kerana Faris tidak makan dan pergi tanpa memberitahunya ke mana tujuan. Setelah resah menanti kepulangan anaknya sekian lama, beliau di datangi rakan anaknya dan diberitahu apa yg terjadi. Betapa hancur luluh hati ibu Faris bila mengetahui Faris telah syahid dan pulang rahmatullah. 

Beliau terkilan kerana Faris tak sempat berjumpa dengannya hari minggu itu dan memberikan pelukan dan kata-kata terakhir. Walaupun begitu beliau redha dengan kehendak ALlah. Airmata sahaja yang menjadi penawar lukanya. Faris meninggalkan ibu dan adik lelakinya buat selama-lamanya. Beliau mengikut jejak ayahnya yg telah juga pergi selamanya menemui Ilahi.

Pada petang itu, jalanraya di Gaza menyaksikan beratus-ratus orang lelaki Palestin yg mengiringi jenazah seorang remaja Palestin yang syahid di atas usungan ke tanah perkuburan. Jenazah itu tidak dimandikan kerana Faris ialah seorang yang syahid. Sehelai kain putih biasa sahaja yang menutupi badannya yang kurus dan kerdil itu. Walaupun kerdil, Faris diberi penghormatan luarbiasa berbanding remaja mahupun orang dewasa lain yang terkorban dalam intifdhah kerana dia sememangnya seorang yang sangat berjiwa waja sewaja jiwa Umar Al Khattab apabila menghadapi musuh Allah. Semua orang kenal apabila di sebut nama Faris, remaja yang tidak tahu takut pada Zionis itu. Semoga Allah menerimanya sebagai seorang syuhada' yg sejati.

Selepas kejadian sedih itu, ibu Faris sering ke sekolah anaknya untuk bertemu dangan rakan-rakannya. Rakan-rakan Faris semua tidak dapat melupakannya sehinggakan mereka masih mengosongkan tempat duduk Faris di di dalam kelas. Ibu Faris terhibur juga apabila dapat bertemu dan berbual dengan rakan-rakan anak kesayangannya itu.

Itulah kisah Faris, suatu kisah benar seorang remaja yg dirakam di dalam vcd Anak-Anak Palestin Pengukir Sejarah (dengan darah). Itu adalah sumbangan Faris untuk Islam dan pembebasan

Palestin. Apakah sumbangan kita pula. Marilah kita berazam untuk membantu mereka sedaya yang mampu kerana Palestin adalah kiblat kita yang pertama dan Allah sememangnya menyuruh kita membela dan memeliharanya dari tangan zionis dan kafirun sehingga hari kiamat. Siapa yang berjaya memiliki tanah mulia itu, merekalah yang akan menguasai dunia.. Apakah kita tidak mahu Islam terus memiliki tanah suci itu demi menguasai dunia dan mengimarahkan dunia dengan deen Allah, Al Islam?

No comments:

Post a Comment