Allah SWT telah mewajibkan semua
hamba-Nya agar menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Tahukah kita bahawa
solat merupakan soalan pertama yang akan ditanya nanti di akhirat kelak,
sebelum amalan-amalan yang lain.
Kesan
Air Tangan Orang Yang Tak Solat |
Semua orang tahu bahawa kalau
meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir.
Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman
Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang
lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia
(nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan
cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan
anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air
kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang
turun untuk umat Nabi Muhammad.
Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang
haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram
tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru
mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab
bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air
yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki
tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
meninggalkan solat dan minum air itu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan
apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang
meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya,
lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum
air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu
atau isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana
kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam
basuhan makanan, nasi, dan sebagainya.
Anak-anak, suami pula yang akan
makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati
minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak tergamak kan? Tapi lain pula
halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada
pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan
dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan.
Betapa
beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad
melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui
Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak,
sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as
Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya,
“Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah
di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir
& batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di
neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika
makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam
Kita pada hari
ini solat seperti dianggap satu perkara yang biasa. Nak buat, buat. Nak
tinggal, tinggal. Kita langsung tiada alasan untuk tidak menunaikan solat,
kerana di Malaysia sendiri, di RNR sudah disediakan surau untuk menunaikan
solat. Berbanding dengan negara-negara luar, yang terpaksa solat di tepi jalan.
Ingat, solat antara perkara utama yang akan ditanya sebelum amalan yang lain.
No comments:
Post a Comment